Friday, 13 May 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

cc
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun  2 

Tahun               :  2 Ros 
Tarikh/Masa     : 6 Mei 2011 / 8.45 – 9.45 pagi 
Bilangan Murid :  30 orang 
Tajuk               :  Kata Ganti Nama Diri  Kedua

Fokus Utama:  1.1      Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan   menggunakan kata, ungkapan, ayat , sebutan , intonasi dan nada yang sesuai.


Aras: Aras 2 
(i)   Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. 


Fokus sampingan: 5.1      Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 


Aras:   Aras 1 
ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek.
Objektif:         


Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat: 
i.   menggunakan kata ganti nama diri kedua yang betul dalam ayat perbualan yang sesuai; 
ii.  membaca teks  petikan bacaan berkala yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul; 
iii. menjawab sekurang-kurangnya empat soalan kefahaman berkaitan teks petikan bacaan berkala yang dibaca dengan betul.
Kemahiran bahasa:     Lisan dan membaca
Pengisian kurikulum:   


Nilai:   keberanian 
KB:     merumus 
KP:     Muzik dan Interpersonal
Bahan bantu mengajar :    Bahan Atas Talian

Set Induksi
(5 Minit)

Murid akan menyanyikan lagu "Saya Ada Kuda" tapi menukarkan 'Saya' dengan 'Awak, Kamu, Anda"


Langkah 1
(20 Minit)

Kata Ganti Nama Diri Kedua.

Guru memberi penerangan tentang kata ganti nama diri kedua.



- Murid menyebut perkataan kata ganti nama diri kedua yang diberi
- Murid mengeja perkataan tersebut dengan betul
- Murid menyebut ayat yang menggunakan kata ganti nama diri kedua mengikut guru
- Murid berdialog menggunakan ayat tersebut dengan rakan
- Murid cuba bina ayat sendiri secara lisan.



Langkah 2
(5 minit)

Menulis perkataan

-Guru menyebut semula Kata Ganti Nama Diri Kedua yang dipelajari
-Murid menulis Kata Ganti Nama Diri Kedua yang disebut oleh guru dengan ejaan yang betul.




(Catatan: BBM – Buku Kerja/Buku Latihan)

Langkah 3                   
( 15 Minit ) 


Bacaan Berkala
1.  Murid membaca bahan bacaan berkala secara individu dengan bimbingan guru.
Bacaan Berkala



Ibu.                                                                          Ayah.
Ini ibu.                                                                     Ini ayah.
Ini ibu kamu.                                                           Ini ayah kamu.

Bola.                                                                         Guli.
Itu bola.                                                                    Itu guli.
Itu bola awak.                                                           Itu guli awak.

Buku.                                                                        Beg.
Ini buku.                                                                   Ini beg.
Ini buku anda.                                                          Ini beg anda.

Basikal.                                                                    Baju.
Itu basikal.                                                               Ini baju.
Itu basikal awak.                                                     Ini baju anda.

Baju.                                                                        Buku.
Ini baju.                                                                   Itu buku.
Ini baju kamu.                                                         Itu buku anda.


Langkah 4
(10 Minit)
Isi Pelajaran : Soalan Kefahaman

Mari Menjawab Kuiz

Soalan Kefahaman
Pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan di bawah.


  1. Siapakah nama __________?
  2. saya awak
  3. Patik mengalu-alukan kehadiran __________ dalam majlis ini.
  4. tuanku kalian
  5. Bilakah ___________datang ke sini?
  6. kamu saya
  7. Lindungilah keluarga________ daripada nyamuk aedes.
  8. anda mereka
  9. “Baju sekolah _________ sudah bergosok?” soal ibu kepada abang.
  10. kamu kita
  11. “_________ buatkan saya secawan kopi,” kata Pak Abu kepada isterinya.
  12. Awak Mereka

Selamat Menjawab

Aktiviti P&P :

- Murid akan menjawab soalan kuiz yang mengandungi enam soalan pemahaman secara atas talian.
- Murid dikehendaki membaca dan memahami soalan-soalan tersebut.
- Murid memilih jawapan yang tepat pada setiap tempat kosong
- Perbincangan hasil kerja pelajar.

BBM : Bahan Atas Talian, Lembaran kerja, buku latihan
KBKK : menyelesaikan masalah

Penutup:
(5 Minit)

Penutup kognitif.(Rumusan) 

1.  Murid merumuskan apa yang telah dipelajari hari ini.


Penutup sosial 
( Saya Ada Kuda ) 
1. Murid menyanyikan lagu “Saya Ada Kuda” tapi menukarkan ‘Saya’ dengan ‘Awak, Kamu, Anda’.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment